Kelas Asas Ict Ms Word (Carta Organisasi) Bersama Dengan Pelajar Sekolah
13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas asas ict MS Word dalam menghasilkan carta organisasi. MS Word mempunyai kelebihan bagi setiap pelajar sekolah, organisasi dan individu kerana dapat memudahkan kerja seseorang dalam menghasilkan carta organisasi dalam sesebuah produksi. Carta organisasi digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia termasuk dalam perancangan perniagaan, permohonan geran, buku panduan dan dokumen lain. Ini juga digunakan untuk menunjukkan rantaian arahan, arahan penting atau persediaan organisasi.Kelas ini mengambil masa 2 jam dari jam 3.00pm hingga 5.00pm.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: